Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

IPTA tawar pelajar asing ikuti 
tiga kursus utama tahun ini

NEW DELHI 5 April – Kerajaan bersetuju menawarkan lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi di universiti awam kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan liberalisasi pendidikan di institusi pengajian tinggi awam.

Menurutnya, setiap universiti awam yang menawarkan tiga kursus pengajian tersebut boleh menawarkan lima peratus tempat kepada pelajar luar.

‘‘Langkah ini bertujuan menggalakkan pelajar asing memilih universiti awam sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam tiga kursus itu dan pada masa yang dapat menambah dana atau pendapatan setiap universiti.

‘‘Ini sekaligus membantu universiti terlibat mengurangkan beban kewangan masing-masing. Pendapatan itu pula boleh digunakan untuk memberi subsidi kepada penuntut tempatan,’’ kata­nya pada sidang akhbar pada hari terakhir lawatan rasmi ke India.

Perdana Menteri memberi­tahu demikian sebagai menjelaskan isu liberalisasi pendidikan yang diumumkan kelmarin, yang antara lain memberi tempat kepada pelajar asing untuk mengikuti tiga kursus berkenaan.

Menurut Najib, tidak seperti para pelajar tempatan, warga asing perlu membayar yuran pengajian mengikut kos pasaran semasa.

Mengenai ura-ura caj visa untuk rakyat Malaysia ke negara ini dinaikkan Perdana Menteri berkata, tidak ada kenaikan caj untuk visa selama enam bulan.

Malaysia juga, katanya, tidak memperkenalkan skim baharu untuk pelancong dari India de­ngan mengekalkan visa ketibaan percuma jika pelancong dari negara itu tinggal sehingga 15 hari.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain