Anugerah sempena nama Timbalan Rektor IPGM, Dr. Noriati A. Rashid ini disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Khair dalam ucapannya berkata, pembudayaan penulisan dan penerbitan dalam kalangan warga pensyarah IPG membantu merealisasikan matlamat menjadikan institusi itu pusat rujukan serantau dalam bidang keguruan.

“Amalan penulisan dapat me­lahirkan pensyarah dan guru yang berfikiran aras tinggi, sentiasa bersemangat membuat penyelidikan dan tekun menghasilkan penulisan ilmiah yang diterbitkan dan dipasarkan di dalam dan luar negara,” katanya.

Pemilihan IPG kampus Ilmu Khas memenangi anugerah itu berdasarkan komitmen berterusan menerbitkan buku penulisan dan berjaya mengumpulkan lebih 100 naskhah dalam program itu.

Dalam majlis sama turut dilancarkan buku Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertuna­ngan nukilan Noriati.