Muhammad Izzat Firdaus berkata, dia ditinggalkan oleh ibu bapanya sewaktu berusia tujuh bulan dan sejak itu dibesarkan oleh neneknya, Sepiah Seman, 69, dengan pencen RM700 sebulan.

“Saya percaya kejayaan mendapat segulung ijazah hari ini adalah hasil pengorbanan nenek yang menjaga saya siang dan malam,” katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen UPM Ke-42 di Serdang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Menurut graduan itu, ketika menuntut di UPM, dugaan me­ngujinya lagi apabila terbabit kemalangan sehingga patah paha, lengan, rahang dan jari kaki.

Namun insiden itu tidak menghalangnya, malah menjadikannya sebagai penguat sema­ngat untuk terus belajar.

“Saya terpaksa berehat selama 10 bulan di rumah kerana perge­rakan terbatas. Waktu itu setiap hari nenek menangis mendoakan saya cepat sembuh. Nenek adalah satu-satunya pembakar semangat untuk terus ‘melawan’,” ujarnya yang hadir ke majlis konvokesyen itu juga de­ngan hanya ditemani nenek­nya.

Dalam pada itu, Muhammad Izzat Firdaus juga akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya, Wan Nor Khalida, 24, yang juga graduan Sarjana Muda pendidikan (Psikologi).