Pada 17 Ogos lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh juga telah mendedahkan baha­wa seba­nyak 54,103 graduan institusi pe­nga­jian ting­gi (IPT) di negara ini masih menganggur dalam tem­poh enam bulan selepas menamatkan pengajian berdasarkan Sis­tem Kajian Pengesanan Graduan pada 2016.

Bagaimanapun, masalah itu kurang membelenggu gra­duan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke­rana rata-rata mereka dibekalkan dengan ke­mahiran dan ke­lebihan yang diperlukan industri sekali gus membuatkan gra­duan UniKL tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan sejurus ta­mat pengajian ma
sing-masing.

Bagi Mohd. Jaz­re­en Che Rahim, pe­­­­­­­­n­ge­­tahuan, kemahi­ran dan kelebi­han ya­ng dibekalkan Uni­KL ba­nyak membantunya bukan sahaja dari segi mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelulusan, te­tapi juga memudahkan graduan mengendalikan pelbagai skop kerja tanpa sebarang masalah.

Graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurute­raan (Kepujian) dalam Mekatronik (Au­tomotif) di UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) itu kini bekerja sebagai jurutera di Prasarana (M) Berhad (Prasarana) dan ditugaskan mengendalikan urusan penyelenggaraan projek Transit Aliran Massa (MRT).

Biarpun pengkhususannya adalah da­lam bidang Kejurute-raan Mekatronik, tetapi apabila di Prasarana dia diletakkan di bawah jabatan elektronik.

“Ini bukanlah satu masalah kerana di UniKL MSI setiap pelajar tidak hanya fokus kepada bidang pilihan sebaliknya per­lu mem­­­pelajari semua bidang berkaitan secara umum terma­suk elektrikal dan me­­ka­nikal.

“Jadi, tidak susah untuk saya kendalikan tugas yang dipertanggungja­wabkan kepada sa­ya sekarang kerana ba­nyak perkara te­lahpun diajar ketika di universiti.

“Namun, banyak ju­ga benda baharu yang saya pelajari kerana MRT menggunakan sistem berbe­za. Tetapi, ia bukanlah satu masalah, malah saya seronok apabila berpeluang be­lajar se­suatu yang baharu,” katanya.

Mohd Jazreen ber­kata, biasanya pelajar UniKL MSI akan mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk membiasakan diri dengan industri baharu kerana mereka sudah dibiasakan untuk berhadapan de­ngan tekanan dan belajar menyelesaikan sesuatu masalah ketika di universiti.

Selain itu, katanya, pelajar UniKL MSI tidak hanya didedahkan dengan pembelajaran di dalam bilik kuliah tetapi turut diajar tentang teknik, teknologi dan amalan industri sebenar.

Katanya, pembelajaran seca­ra hands-on di universiti itu sebenarnya telah mencukupi. Pen­dekatan itu juga sebenarnya menjadikan pelajar UniKL MSI lebih dikehendaki oleh industri.

“Pengetahuan praktikal itu adalah aset dan kekuatan setiap gra­duan UniKL.

“Apabila menghadiri temuduga, mereka bukan sahaja membawa bersama pengetahuan teori dan praktikal, malah sesete­ngahnya mempunyai nilai tambah seperti sijil profesional, kemahiran insani­ah, pendedahan melalui program kerjasama antarabangsa dan ba­nyak lagi,” jelasnya.

UniKL sememangnya menekankan kepada keseimbangan dalam pendidikan dan langkah itu telah mampu melahirkan pelajar berke­trampilan dan berupaya meme­nuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Seorang lagi graduan UniKL MSI, Mohd. Naquideen Mohamad, pula berkata, UniKL MSI menjadi pilihan kerana minatnya dalam bidang automotif.

Apabila bergelar pelajar universiti itu, dia banyak menimba ilmu bukan sahaja dalam bidang pembuatan mahupun automotif tetapi juga ilmu pengurusan.

“Di sini, kami memperoleh ilmu yang menyeluruh. Tidak hanya dibekalkan dengan ilmu wajib iaitu bidang pengkhususan yang dipilih, tetapi dibekalkan juga dengan ilmu pengurusan, kepemimpinan, sumber manusia dan banyak lagi.

“UniKL MSI juga akan memastikan graduannya tidak terkapai-kapai tanpa arah tujuan apabila tamat pengajian. Jadi, sebelum habis belajar kami akan diajar bagaimana menyediakan resume dan tata cara menghadiri temuduga,” kata Mohd. Naquideen.

Katanya, bekalan ilmu itu amat membantu graduan UniKL MSI, lebih-lebih lagi syarikat atau majikan kini tidak lagi memandang kepada gred kelulusan yang dipe­r­olehi pelajar sebaliknya me­reka inginkan mereka yang mem­pu­nyai kemahiran, pengalaman dan boleh melakukan kerja de­ngan baik.

Jelasnya, graduan UniKL khususnya UniKL MSI boleh dikate­gorikan sebagai mereka yang berpengalaman kerana sudah dide­­dahkan dengan latihan dan teknik seperti yang dipraktikan dalam industri sebenar.

“Ketika menghadiri latihan prak­tikal pun, pelajar UniKL MSI akan terus ditugaskan untuk membuat kerja-kerja di pejabat sama seperti seorang pekerja.

“Latihan praktikal itu boleh dikatakan sebagai satu laluan untuk memudahkan pelajar mencari peluang pekerjaan,” katanya.

Katanya, UniKL juga menerapkan pendekatan Graduate Higher Order Critical Skill (GHOCS) iaitu kemahiran insaniah yang lebih menyeluruh dengan menekankan kepada kemahiran, pengetahuan dan pembangunan keperibadian.

Ia adalah untuk membantu melahirkan graduan cemerlang dan holistik merangkumi pembentukan karektor dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek, kerjaya dan sosial, katanya.

Katanya, GHOCS akan me­ngambil kira penglibatan mahasiswa di dalam kelas dan juga luar kelas seperti penyertaan melalui kelab, aktiviti kurikulum, program-program anjuran mahasiswa melalui subjek yang dipelajari di dalam kelas, pertandingan yang disertai dan juga penglibatan dalam aktiviti luar yang tidak melibatkan UniKL.

Ini termasuk aktviti-aktiviti khid­mat komuniti dan program-program kepemimpinan yang dila­kukan sendiri oleh pelajar. Malah, pelajar juga merangka modul dan bertindak sebagai fasilitator untuk program kepemim­pinan.

“Banyak kelebihan yang diberikan UniKL MSI kepada pelajarnya. Semua itu diusahakan bagi memastikan setiap mahasiswa UniKL dibekalkan dengan semua kemahiran yang dapat membantu mereka membina kerjaya kelak,” kata anak kelahiran Selangor ini.

Mohd. Naquideen yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) dalam Pembuatan (Automotif) di UniKL MSI kini bertugas sebagai jurutera projek di sebuah syarikat pembinaan tempatan, Jangka Panjang Enterprise Sdn. Bhd.

“Walaupun ia sebuah syarikat pembinaan, tetapi hampir 70 peratus ilmu yang saya peroleh di UniKL MSI dapat dipraktikkan dalam tugasan harian saya terutamanya pengurusan, perniagaan, khidmat jualan, sumber manusia dan perhubungan awam yang diperlukan untuk berurusan dengan pelanggan.

“Dengan ilmu yang saya dapat dari UniKL dan pengalaman be­kerja, saya merancang untuk membuka perniagaan sendiri berkaitan bidang kimpalan,” ujarnya.