YETTY RAHELLY (berkerusi roda) bersama Aminah Ayob selepas Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-19 di Dewan Tuanku Canselor UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

Namun, pensyarah di Universiti Sri Vijaya Palembang Indonesia itu merahsiakan penyakit diabetes yang dihidapinya sejak menjadi penuntut UPSI pada 2009.

Namun, setelah selesai me­ngumpul data penyelidikannya di beberapa lokasi di Malaysia dan Indonesia, pembelajarannya terpaksa terhenti selama setahun disebabkan penyakitnya yang kian serius.

"Saya terpaksa menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu dan amat sukar untuk saya berulang-alik ke UPSI.

"Namun, penyelia saya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Aminah Ayob mengambil keputusan untuk berulang-alik ke Palembang bagi membantu saya menganalisis data-data kajian.

"Namun, ujian makin berat apabila kedua-dua kaki saya terpaksa dipotong setelah tesis berjaya disiapkan pada 2016,” katanya selepas dianugerahkan PhD dalam Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-19 di Dewan Tuanku Canselor UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, di sini baru-baru ini.

Yetty hadir dengan ditemani suaminya serta doktor pakar yang merawatnya kerana beliau memerlukan bantuan oksigen.

Beliau turut dijadualkan untuk menjalani pembedahan untuk membuang air di dalam paru-parunya, tidak lama lagi.

"Sesungguhnya, semangat kental dan kegigihan luar biasa Yetty ini wajar dicontohi oleh mahasiswa lain,” kata Aminah.