Timbalan Rektor Akademik, Prof Madya Dr. Zulkifli Mohamed berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai menerusi pelbagai jualan serta aktiviti yang disediakan sepanjang enam hari fertival tersebut berlangsung.

“Fesko adalah satu acara tahunan dan untuk kali ini, kita membuka sebanyak 50 gerai jualan yang membabitkan pelajar serta usahawan luar.

“Menerusi kombinasi pelajar dan usahawan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar membina budaya keusahawanan serta mempraktikkan ilmu keusahawanan yang dipelajari mereka,” katanya selepas merasmikan Fesko 13 di sini, semalam.

Zulkifli berkata, pelbagai program yang seimbang disusun melibatkan akademik, ko-kurikulum dan kerohanian diadakan sepanjang festival tersebut.

“Lebih 23 aktiviti disediakan untuk mencungkil bakat, me­ngasah kreativiti, intelektual dan membina disiplin mahasiswa.

“Antara aktiviti yang disusun termasuklah pertandingan memasak, kreatif karok, futsal serta kerohanian pada sebelah malam,” katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa, Muhd. Nor Sahazwan Sahabudin, 19, berkata, dia begitu teruja untuk menyertai setiap aktiviti yang disediakan sepanjang Fesko berlangsung.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai Fesko memandangkan saya baharu semester pertama. Bagi saya Fesko adalah satu program yang amat bagus untuk pelajar,” ujarnya.