Program dengan usaha sama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) itu bertujuan mendedahkan orang ramai khususnya kalangan remaja kepada bidang komunikasi serta pengajian media.

Penasihat program, Mohd. Najmi Nuji berkata, pada masa yang sama, penganjuran itu berteraskan keusahawanan dengan menggabungkan wakil-wakil pelajar dari setiap program, kelab-kelab serta Sekretariat Mahasiswa Fakulti.

",Program ini adalah sebuah platfom baru bagi menggabungkan kesemua pelajar di FKPM yang mempunyai pelbagai pecahan kursus dalaman sekaligus memberi pendedahan lebih meluas tentang fakulti ini kepada orang awam. 

"Dengan adanya program seperti ini kami yakin lebih banyak maklumat yang tepat serta menarik dapat disalurkan kepada orang ramai terutamanya untuk bakal mahasiswa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.