Semua organisasi perniagaan tidak kira kecil ataupun syarikat multinasional pastinya memerlukan akauntan bertauliah untuk menyediakan akaun syarikat, melaksanakan audit kewangan selain merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan.

Selari dengan permintaan tinggi industri terhadap tenaga kerja berkaitan bidang perakaunan, MSU College mengambil pendekatan menawarkan Diploma Perakaunan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) yang berminat mempelajari dan pergi lebih jauh dalam bidang tersebut.

Sepanjang mengikuti program itu, pelajar akan didedahkan kepada prinsip perakaunan dan audit, teknologi terkini dalam bidang ekonomi, pengurusan, pemasaran, kewangan serta insurans.

Pendedahan yang diberikan itu akan menjadikan pelajar le­bih kompeten dalam mengendalikan transaksi perakaunan dan mahir memberi khidmat nasihat berkaitan isu-isu yang kompleks dalam proses membuat keputusan perniagaan.

Program itu juga akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknikal dan teori untuk memahami konsep kewangan dan aktivitinya. Pelajar turut berpeluang mendalami subjek berkaitan seperti ekonomi, teknologi maklumat dan undang-undang perakaunan.

Di MSU College, pelajar turut didedahkan dengan kurikulum yang komprehensif termasuk latihan teori dan praktikal mengikut modul pembelajaran terkini yang diiktiraf keberkesanannya, selain dibimbing oleh pensyarah-pensyarah berkaliber serta berpe­ngalaman luas.

Selepas tamat pengajian, peluang kerjaya yang cerah menanti mereka termasuk di firma perakaunan khusus, perundingan, organisasi komersial di pelbagai sektor industri, syarikat korporat dan institusi-institusi perbankan.

Sekiranya ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah, graduan MSU College mempunyai kelebihan untuk membuat pindahan kredit dan melanjutkan pe­ngajian dalam Ijazah Sarjana Muda di tahun kedua di Mana­gement and Science University (MSU) melalui Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP).

Graduan turut digalakkan meneruskan pengajian untuk mendapatkan kelayakan profesional yang diiktiraf seperti daripada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan Certified Accounting Technician (CAT).

Jika berminat untuk mengikuti program Diploma Perakaunan di MSU College, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan ditetapkan iaitu lulus SPM/SPMV atau setaraf, dengan tiga kredit dalam subjek Matematik, Sains atau memiliki sijil yang diiktiraf.