Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cungkil bakat perniagaan IT

TENGKU AMIR SHAH (empat dari kanan) dan Jeffrey Cheah (tiga dari kiri) bersama dengan pengurusan ter 3
TENGKU AMIR SHAH (empat dari kanan) dan Jeffrey Cheah (tiga dari kiri) bersama dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Sunway sempena Cabaran Makmal Inovasi Sunway (iLabs).

MINAT dan kecenderungan individu terhadap sesuatu perkara seharusnya dipupuk sejak peringkat awal lagi menerusi pendedahan pengetahuan dalam bidang berkaitan.

Menggunakan pendekatan itu, Kumpulan Pendidikan Sunway telah membuka peluang kepada generasi muda menyerlahkan bakat dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan perniagaan menerusi Cabaran Makmal Inovasi Sunway (iLabs).

Penganjuran program tersebut menyasarkan penyertaan 300 pelajar universiti menerusi ujian kefahaman mengenai ilmu pembangunan inovasi IT dalam bidang perniagaan.

Cabaran ini yang mula diperkenal pada tahun ini merupakan program pendidikan merentas kurikulum biasa universiti dengan matlamat merevolusikan pendidikan sebagai penanda aras baharu dalam dunia perniagaan aplikasi IT masa depan.

Selain itu, ia turut mempunyai objektif mengintegrasikan unsur-unsur semangat dalam diri pelajar dan seterusnya membina keterampilan mereka untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan.

Setiap kumpulan akan bekerjasama dengan tiga buah syarikat yang akan memacu pembangunan modal insan pelajar dalam bidang pengurusan gerai jualan dan pameran kerjaya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam cabaran ini ialah Kumpulan Sunway, DiGi Telecomunication (DiGi), CIMB Group, Axiata Digital, Lazada, Impiro dan Grab.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah berkata, pertandingan berbentuk cabaran seperti itu merupakan platform terbaik untuk mendedahkan golongan muda agar mereka tidak takut berhadapan dengan kerjaya perniagaan yang mencabar.

“Golongan muda perlu sentiasa berfikiran positif dan seharusnya mengambil peluang ini untuk mencabar diri dan bersaing untuk menjadi yang terbaik.

“Ibu bapa juga perlu menyokong anak-anak mereka agar berani menyahut cabaran menjadi individu yang matang, tahu membuat keputusan sendiri dan tidak mudah berputus asa,” katanya ketika berucap pada majlis iLabs di Menara Sunway, Subang Selangor baru-baru ini.

Majlis perasmian pertandingan itu telah disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman Hashim; Penasihat Korporat Kumpulan Sunway, Tan Sri Ramon Navaratnam; dan Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan Pendidikan Sunway dan Universiti Sunway, Elizabeth Lee.

Pengarah Sunway iLabs, Matthijs Van Leuween dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sunway Ventures, Evan Cheah pun hadir sama.

Secara umumnya, cabaran ini terbahagi kepada tiga peringkat utama pertandingan iaitu ujian kelayakan, suku akhir dan juga akhir.

Untuk peringkat kelayakan yang dijalankan serentak di seluruh negara pada 27 Ogos 
lalu, seramai lebih kurang 
300 pelajar universiti telah mengambil bahagian dalam ujian tersebut.

Penyertaan pertandingan ini dibuka secara individu dan berkumpulan.

Syarat penyertaan yang diketengahkan adalah model perniagaan IT secara umum yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan pelajar tentang operasi syarikat.

Selepas sesi kelayakan, proses pemilihan akan dijalankan sebelum pengumuman 300 pelajar yang layak ke peringkat seterusnya diumumkan pada 10 September ini.

Untuk peringkat seterusnya, para pelajar yang terpilih akan menyertai Kem iLabs pada 9 hingga 10 September bagi mencari 20 pelajar ke peringkat akhir.

Tiga pemenang utama yang berjaya pada peringkat akhir bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM9,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh melayari https://innovationlabs.sunway.edu.my/about-ilabs/.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain