Ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, beliau tiba di perkarangan IPD kira-kira pukul 11.55 pagi.

Dalam sidang akhbar selepas membuat laporan tersebut, Ramkarpal berkata, dengan laporan yang dikemukan itu pihak polis dapat menjalankan penyiasatan secara menyeluruh selain mendakwa mana-mana pihak terlibat dalam kes tersebut.

“Ini adalah satu permulaan (laporan polis), sekiranya ada petunjuk baharu dalam kes tersebut akan dibuat dalam siasatan polis.

“Jika ada juga individu lain yang bertanggungjawab serta terlibat dalam kes ini, mereka juga akan didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi. - UTUSAN ONLINE