Usaha yang dilakukan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) dijayakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Terengganu, Lembaga Pe–lawat Rumah Ehsan Dungun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut.

Program CSR itu dapat mempercepatkan proses penyedia–an kemudahan yang lebih baik sekali gus menjimatkan lebih RM144,000 jika peralatan sedia ada termasuk 42 katil diganti dan dilupuskan.

Perasmian program itu disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Mohd. Pauzi Ibrahim.

Yang Turut hadir Pemangku Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri, Norazaman Abdul Manaf dan Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Ehsan, Datuk Alwi Said.

Pengurus program, Muhammad Azam Ngah memberitahu, langkah itu dapat memupuk sikap prihatin dan ihsan di samping semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.

“Juga dapat menyerlahkan bakat, ketrampilan diri, daya kepemimpinan, merapatkan hubungan silaturrahim dengan komuniti sekitar dan membina semangat bekerja berpasukan.

“Program seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendekati dan menyelami kehidupan warga emas serta me–ngaplikasikan kemahiran teknikal dan softskill yang dipelajari di PSMZA,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Di samping itu, katanya, sepanjang dua hari itu, PSMZA berpeluang menjalankan aktiviti bersama pelajar SMK Padang Pulut iaitu merupakan sekolah angkat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Sementara itu, Norazaman berkata, menerusi program CSR itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat kerjaya membuat penjimatan melebihi RM144,000 dan peruntukan sebesar itu boleh disalurkan untuk penyediaan bantuan lain.