Bertemakan Thriving Asia: When is Asia Set to Become the World’s Powerhouse ia berjaya menarik minat peserta untuk melihat pendekatan baharu berorientasi belia dalam konteks mahasiswa melalui program pengantarabangsaan dalam mengorganisasikan pendidikan tinggi Malaysia.

Inisiatif persidangan ini merupakan anjuran bersama Yayasan Jeffrey Cheah dengan Universiti Harvard, The Jeffrey Cheah Travel Grants, The Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia (JCI) dan The Center for Asia Leadership (CAL) yang turut memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kejayaan penganjuran persidangan tersebut.

“Kami harap persidangan ini dapat menyuntik semangat kepimpinan global dalam kalangan belia dan mahasiswa dengan memahami konsep keperkasaan kepimpinan yang membolehkan golongan itu berfikir dan bertindak terhadap isu berkaitan kehidupan, sosial, persekitaran dan masa depan,”kata Presiden CAL, Samuel Kim.

Selain persidangan, delegasi turut menghadiri seminar dan bengkel perbincangan serta sesi berkongsi pandangan dan pengalaman yang dibentangkan oleh dua tokoh terkenal iaitu Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang bertajuk Dialogue on Leadership in Asia – Insights and Inspirations dan Pengerusi Supermax Corporation Bhd, Tan Sri Rafidah Aziz.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan Pendidikan Sunway, Puan Sri Dr. Susan Cheah; Pro Canselor Universiti Sunway, Tan Sri Dr. Ramon V. Navaratnam; Pengarah Eksekutif, Kolej Sunway, Teo Ee Sing; Pengarah Eksekutif Kanan Kumpulan Pendidikan Sunway, Dr. Elizabeth Lee,

Selain itu, Naib Canselor Universiti Sunway, Prof. Graeme Wilkinson dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sunway, Prof. Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.

Samuel berkata, langkah penganjuran persidangan ini diharap melengkapkan diri pemimpin pelapis yang bakal mengambil alih kepimpinan sedia ada bagi meneraju negara pada masa depan.

“Sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan oleh golongan tersebut untuk mengambil peranan serta tanggungjawab sebagai pemimpin pada masa depan pada hari ini, negara akan ketandusan barisan kepimpinan berwibawa yang dapat memainkan peranan di peringkat global termasuk komuniti di rantau Asia.

“Manakala pemimpin di peringkat universiti pula mereka perlu merancang dan mengkaji semula inisiatif universiti termasuk program pertukaran pelajar, pendidikan nasionalisasi serta pengantarabangsaan kokurikulum, populasi mahasiswa dan fakulti,” katanya.

Tambahnya, pandangan belia dan pemimpin mahasiswa mesti diambil kira dalam menambah baik kualiti persekitaran pembelajaran dan melalui persidangan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk meningkatkan daya saing kepimpinan.

Di sebalik penganjuran persidangan tersebut, entiti nasionalisasi begitu menitik beratkan integrasi daya kepimpinan dalam pengurusan negara masing-masing.

“Kami berbesar hati dengan jumlah kehadiran yang ramai. Program ini sememangnya dapat memberi kesedaran mengenai pentingnya dalam kalangan generasi muda terutama belia.

“Kami juga yakin persidangan ini menjadi pemangkin dalam mendidik para pemimpin belia dan mahasiswa supaya lebih prihatin terhadap masyarakat. Malah, saya berharap persidangan sebegini dapat diteruskan masa depan,” katanya.