Muhammad Ammar Rafiq yang berasal dari Kuala Selangor, dan sebelum ini merupakan Setiausaha Kerja 2 MPP bagi sesi 2016/2017 merupakan antara 30 barisan baharu MPP universiti itu yang diberi kepercayaan memikul tanggungjawab itu.

“Saya bersyukur. Ini satu amanah yang akan dimanfaatkan sebaik mungkin, dan saya berazam untuk membantu meningkatkan imej dan kecemerlangan UniSZA di samping memperjuangkan kebajikan mahasiswa.

“Perjuangan MPP masih panjang, jadi besar harapan saya agar seluruh warga UniSZA menyokong kepemimpinan yang baharu dilantik ini,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Ammar Rafiq yakin hubungan akrab antara MPP dan mahasiswa yang terjalin sejak dulu akan memudahkan urusan kepemimpinan serta tugasan kerana sentiasa mendapat sokongan padu dalam apa jua keadaan.

Katanya, hal sama turut dilihat dari segi hubungan kerjasama dengan pihak pengurusan universiti. - UTUSAN ONLINE