Majlis yang merupakan anjuran Kumpulan Sunway dan Yayasan Jeffrey Cheah (JCF) itu turut bermatlamat mengeratkan lagi kerjasama SEG dengan siswazah tajaan biasiswa JCF, di samping menyuntik semangat kerjasama dalam bidang kerjaya dan profesional.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah.

Yang turut hadir sama isterinya, Puan Sri Dr. Susan Cheah; Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Sunway, Jane Poh; dan Pengarah Eksekutif Kanan SEG dan Universiti Sunway, Dr. Elizabeth Lee; dan JCF Komuniti Biasiswa, Leong Chee Keong,

Jeffrey Cheah ketika berucap pada majlis itu berkata, usaha Kumpulan Pendidikan Sunway merealisasikan impian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial syarikatnya dalam membantu Malaysia meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

“Saya percaya pendidikan mampu mengubah kehidupan seseorang dan ia merupakan jalan terbaik untuk mereka keluar daripada belenggu kemiskinan dan pastinya pendidikan juga ia mampu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang lebih baik pada masa depan.

“Saya amat beruntung kerana berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Dan kerana peluang dan ilmu itu akhirnya saya berjaya membina empayar perniagaan Kumpulan Sunway yang anda lihat hari ini.

“Kejayaan ini juga membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia,” katanya.

Majlis makan malam itu turut meraikan 30 alumni SEG atas kejayaan mereka dalam bidang perniagaan, komuniti dan khidmat bakti kepada masyarakat.

Sementara itu, Dr. Elizabeth Lee berkata, Yayasan Jeffrey Cheah telah banyak membantu golongan belia untuk menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi melalui tajaan biasiswa yang disediakan.

“Melalui pendidikan SEG mereka berpeluang untuk menjadi individu yang berjaya dan setelah mereka berjaya akhirnya berperanan menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan kembali menyumbang kepada komuniti dan negara,” katanya.