Pengarah program, Nur Izzati Mohamad Idris berkata, pihaknya melakukan pelbagai aktiviti membabitkan penglibatan hampir 200 pelajar di sekolah berkenaan yang mana bertujuan untuk menggalak ahli kelab memberi khidmat kepada masyarakat.

“Melalui program sebegini dapat memberi peluang kepada mahasiswa di UiTM Kedah mempraktikkan kemahiran akademik dan bukan akademik di luar waktu kuliah.

“Secara tidak langsung dapat memberi ruang kepada mahasiswa khususnya ahli kelab untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Mandarin kepada pelajar Sekolah Phatnawitya,” katanya di sini baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia itu turut disertai dua penasihat kelab berkenaan iaitu Dr. Nor Azrina Mohd. Yusof dan Lee Chai Chuen.

Menurut Nur Izzati, antara aktiviti permindahan pengetahuan yang dijalankan antaranya berkongsi kemahiran menaip, keusahawanan, mengajar Bahasa Mandarin serta memperke­nalkan budaya Cina dengan membuat bunga menggunakan angpau.

“Penganjuran program ini memberi pendedahan baru kepada kami dan memberi keyakinan kepada mahasiswa untuk berkomunikasi dengan masyarakat,” ujarnya.