Sepanjang program peserta meninjau lokasi berkaitan dan menyiapkan satu laporan untuk diserahkan kepada kerajaan negeri dalam usaha menyokong pengiktirafan Jerai Geopark.

Peserta program itu, M. Santea Munagaran, 22, dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak berkata, dia gembira sekali kerana berpeluang menyertai ekspedisi memandan­gkan banyak perkara baharu dapat dipelajari dan memberi manfaat kepada dirinya.

“Saya berharap usaha pihak berkenaan ingin menjadi Jerai Geopark sebagai salah satu kawasan yang ada kesan sejarah lama, dapat menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, generasi akan datang ingin melihat kesan sejarah lama yang masih ada, termasuk di Kedah dan negeri-negari lain.

Nor Hasmimi Mat Husain, 23, dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pula berkata, pengiktirafan perlu diberikan kepada Jerai Geopark dalam usaha menjadikan kawasan itu tarikan kepada penduduk tempatan dan luar negara.

Program anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia itu memberi peluang kepada peserta membuat kajian di 25 tempat menarik di daerah ber­kenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mior Sallehhuddin Mior Jadid ketika berucap merasmikan program itu berkata, antara tempat menarik dilawati ialah Padang Tok Sheikh, Geotapak Cengkerang Singkir Laut, Landskap Dataran Jelapang Padi, Mineral Turmalin Geotapak Tanjung Jaga, Batu Kapal, Sungai Teroi, Lombong Besi Tupah, Sungai Tupah dan Sungai Batu Pahat.

“Bila kawasan itu dinaik taraf sebagai Jerai Geopark, bilangan pelancong asing ke sini pasti bertambah ramai.

“Bagaimanapun, penduduk di kawasan berkenaan perlu pandai menyesuaikan diri bila menerima kunjungan orang tempatan dan luar negara,” katanya.