Program tersebut berlangsung di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad bersama Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Suriani, melalui program itu, kementeriannya mendapat kerjasama daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti kesukarelawan selain dapat merangsang kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran yang optimum antara kerajaan, NGO, IPT serta syarikat korporat.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar; Timbalan Ketua Setiausaha Strategik kementerian, Azman Mohd. Yusof; Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merangkap Ahli Lembaga YKN, Datuk Mariam Mas.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datuk Zulkiply Ramli; Ketua Sukarelawan Selami Kasih YKN Parlimen Bukit Katil, Datuk Kalsom Noordin dan Pengerusi Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru, M.S Thomas. - UTUSAN ONLINE