Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahirann Belia (BPKB) Dr. Wasitah Mohd Yusof berkata, kesemua graduan dari lapan buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), 10 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG); serta graduan Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) ini akan menghadiri Konvokesyen 
dalam empat sidang iaitu pagi dan petang pada 7 dan 8 Ogos ini.

Katanya, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menyempurnakan perasmian Konvokesyen ILKBS Ke-13 pada hari pertama dengan penyampaian Anugerah Khas dan seterusnya diploma dan sijil kepada graduan yang diraikan pada Sidang Pertama Konvokesyen pada sebelah pagi.

Sidang kedua pada petang ini pula akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali, manakala Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan pada sidang ketiga pada hari Selasa dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS pada sidang keempat pada petang 
Selasa.

Antara anugerah yang akan disampaikan ialah Anugerah Ikon ILKBS (Kategori Usahawan Cemerlang), Anugerah Ikon ILKBS (Kategori Pekerja Cemerlang), Anugerah Graduan Terbaik setiap ILKBS Tahun 
2017 dan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan 
ILKBS Tahun 2017.

“Konvokesyen kali juga akan menyaksikan julung kalinya penganugerahan ILKBS Terbaik Tahun 2016 yang memberi pengiktirafan dan penghargaan kerana berjaya mencapai tahap kualiti pengurusan yang sangat cemerlang.

“Ini melibatkan aspek kewangan, operasi latihan termasuk pengurusan pembelajaran dan pengajaran, pengurusan hal ehwal pelajar, indeks pencapaian utama (KPI) merangkumi elemen program transformasi ILKBS serta penglibatan dalam khidmat masyarakat dan kesukarelaan,” kata Dr. Wasitah.

Dalam pada itu pelbagai program juga telah dirancang sempena Konvokesyen ILKBS ke-13 yang diadakan di PICC Putrajaya ini yang membabitkan pameran dari Industri Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), 13 bidang kemahiran di ILKBS, Pameran Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Anugerah Remaja Perdana (ARP).

Bagi memberi peluang kepada lepasan ILKBS untuk memperkenal serta mempromosi produk mereka, pihak urusetia juga menyediakan booth untuk perkhidmatan fotografi, jualan produk ILKBS, jualan bunga, cenderamata, demonstrasi dalam bidang kemahiran dan persembahan khas pelajar.

Bagi lepasan ILKBS dan yang akan berkonvo pihak urusetia juga menyediakan booth khas untuk mendaftar sebagai Alumni ILKBS dan mendapatkan Lencana atau Button Badge ‘Pround ILKBS’S Alumni’ #TN50 untuk disematkan pada jubah mereka.

Konvokesyen ILKBS ini diadakan setiap tahun bagi memberi memberi pengiktirafan pencapaian pelajar-pelajar ILKBS terhadap usaha serta semangat yang ditunjukkan sepanjang mengikuti latihan kemahiran di ILKBS dan KKBN, selain daripada platform dalam memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ILKBS melalui latihan kemahiran yang dilaksanakan di ILKBS.