Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

5,638 lepasan SPM, STPM dapat tawaran lanjut pengajian

SAHOL HAMID ABU BAKAR dan Mohd. Basri Abd. Gafar (dua dari kanan)
SAHOL HAMID ABU BAKAR dan Mohd. Basri Abd. Gafar (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar yang menghadiri program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 di Dewan Perdana Silam, Sabah, semalam. UTUSAN/IRWAN MAJID

LAHAD DATU 22 Mac - Seramai 5,638 daripada 6,500 lepasan Sijil Pelaja­ran Malaysia (SPM) dan Si­jil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini yang men­daftar pada program Jelajah Pen­­­di­dikan Bumiputera menda­pat su­rat tawaran dan layak melanjut­kan pengajian.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, jumlah itu berdasarkan lima siri jelajah yang dilakukan di negeri ini melibatkan kawasan Parlimen Kota Marudu, Kota Belud, Keningau, Batu Sapi dan diakhiri di Silam hari ini.

Menurutnya, angka 6,500 permohonan itu merupakan satu jumlah yang amat membanggakan selain disifatkan luar biasa berbanding tahun lalu.

“Kita bersungguh-sungguh un­­tuk membantu lepasan seko­lah dari negeri ini untuk me­lanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kita mahu anak-anak muda di Sabah tidak ketinggalan dari segi pendidikan.

“Ini juga merupakan amanah yang disandarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada saya untuk memastikan penekanan khusus diberikan kepada anak-anak Sabah,” katanya kepada pemberita selepas maj­lis perasmian Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 Parlimen Silam di Dewan Perdana, di sini hari ini.

Jelajah itu dirasmikan oleh Pe­ngerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd. Basri Abd. Gafar, mewa­kili Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohd. Yusof Apdal.

Jelajah Pendidikan Bumipu­te­ra merupakan antara inisia­tif­ kerajaan membangunkan pen­­­­didikan dalam kalangan bu­­miputera cemerlang miskin dan kurang kemampuan de­ngan memberi peluang kepada mereka melanjutkan pengajian di peringkat tinggi sekali gus menangani masalah keciciran.

Menerusi inisiatif tersebut, seramai 150,000 pelajar dalam kumpulan berkenaan disasarkan dalam tempoh tiga tahun untuk menyambung pengajian di 10 buah institusi pengajian tinggi melibatkan Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara, Universiti Kuala Lumpur, politeknik, kolej komuniti dan GiatMara.

Dalam pada itu, Sahol Hamid melahirkan rasa kecewa apabila terdapat pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke Semenanjung dan Sarawak tetapi enggan berbuat demikian kerana tidak mahu berjauhan dengan kampung halaman selain faktor kewangan.

“Oleh itu, pada siri jelajah kali ini kita membuat keputusan membawa bersama agensi kewangan seperti Yayasan Teraju, Perbada­nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional serta Bank Rak­yat. Kita tidak mahu faktor kewangan dijadikan alasan mereka tidak me­lanjutkan pengajian,” katanya.

Mengenai aplikasi jelajah JPB4U yang diwujudkan jawa­tan­kuasa tersebut, Sahol Hamid berkata, aplikasi itu bertuju­an merekod data pelajar di setiap jelajah diadakan.

Kata beliau, aplikasi itu juga boleh digunakan untuk mengesan pelajar yang masih belum mendapat tempat melanjutkan pengajian.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain