Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

4,957 penuntut baharu UUM

ABDUL MALEK ABDUL KARIM (kanan) membantu pelajar orang kurang
ABDUL MALEK ABDUL KARIM (kanan) membantu pelajar orang kurang upaya (OKU) Nur Syiham Nazizan menaiki van khas selepas sesi pendaftaran pelajar baharu di Inapan Siswa (Inasis) Petronas, Kubang Pasu, Kedah, semalam. Utusan/FARIZ RUSADIO

KUBANG PASU 5 Sept. – Seramai 4,957 penuntut baharu termasuk 511 pelajar antarabangsa mendaftar untuk memulakan pengajian bagi mengikuti 36 program di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk Sesi Akademik 2017/2018 bermula hari ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Profesor Dr. Abdul Malek Abdul Karim berkata, jumlah penuntut yang mendaftar terdiri daripada calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Menurutnya, jumlah Purata Markah Keseluruhan (PMK) kemasukan calon pada tahun ini ialah 3.42 dengan tiga program mencatatkan purata PMK ter­tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.

“Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan menerima kemasukan terbesar iaitu 306 pelajar, diikuti Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (299) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi (290).

“UUM juga menerima seramai 381 pelajar antarabangsa iaitu paling ramai dari China (247) dan Indonesia (172) dan selebihnya dari pelbagai negara termasuk Venezuela,” katanya pada sidang akhbar di Inapan Siswa (Inasis) Petronas di sini hari ini.

Abdul Malek berkata, jumlah kemasukan pelajar pada sesi kali ini adalah paling ramai iaitu terdiri daripada 3,656 pelajar perempuan dan 1,301 pelajar lelaki.

Katanya, penawaran yang lebih ramai ini bergantung kepada kemampuan UUM menyediakan jumlah pensyarah yang sesuai dengan jumlah pelajar selain kemudahan penginapan yang mencukupi.

Beliau memberitahu, UUM turut menjadi pilihan utama untuk menyambung pengajian peringkat tinggi berdasarkan beberapa pencapaian yang diperoleh universiti ini sebelum ini.

“Ia termasuk akreditasi daripada The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) tahun lalu yang membolehkan UUM kini bertaraf antarabangsa dan setaraf dengan sekolah perniagaan terkemuka dunia,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain