Kesemua pelajar yang menyertai program kesukarelawanan itu mengadakan pelbagai program untuk membantu penghuni rumah tersebut seperti bergotong-royong membersihkan kawasan.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK,  Prof Datuk Abdul Aziz Ab Latif dalam satu majlis ringkas hari ini.

Dalam pada itu,  Abdul Aziz berkata, program ini bertujuan untuk membina sahsiah diri pelajar sama ada dalam aspek pembelajaran dan khidmat sosial terhadap masyarakat.

 "Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pelajar bersama penguni di sini antaranya bergotong royong membersihkan kawasan asrama; kemas bilik tidur; beriadah dan juga aktiviti kebudayaan.

 "Selain itu,  pelajar juga dapat mendekati setiap penghuni serta mendengar pengalaman hidup yang dialami oleh setiap penghuni," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesukarelawan Mahasiswa UMK di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Tuan Said Sidup. - UTUSAN ONLINE