Insentif tersebut diserahkkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan di Klana Resort di sini.

Mohamad berkata, anugerah berkenaan yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak tahun 2006 itu menawarkan insentif wang tunai bernilai RM5,000 kepada para penerima.

"Pengiktirafan dan insentif yang diberikan ini bertujuan memberi motivasi kepada siswa dan siswazah untuk meneruskan kecemerlangan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian dalam pendidikan negeri dan negara.

"Saya juga berbangga kerana sejak diperkenalkan, seramai 1,764 siswa dan siswazah yang mengikuti pengajian di IPT seluruh negara telah memperoleh kelas pertama sekali gus menjadikan Negeri Sembilan antara negeri paling ramai melahirkan graduan kelas pertama," katanya. - UTUSAN ONLINE