Penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan warga universiti itu adalah bertujuan menjayakan aktiviti penanaman pelbagai jenis pokok di sekitar kampus.

Penyelaras program, K. Marimuthu berkata, 200 jenis pokok ditanam termasuk busida, mock orange, jambu merah, manggis dan limau bali.

“Perkara berkaitan penjagaan alam sekitar perlu diberikan perhatian serius dan sekiranya perkara ini diabaikan, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan generasi akan datang.

“Penuntut Universiti Aimst Kampus Bedong diminta mengambil perhatian berat mengenainya dan mereka tidak mahu ketinggalan sanggup menanam pokok jenama kegemaran masing-masing,” katanya di sini.

Menurutnya, program berkenaan juga diharapkan dapat meningkatkan semangat cintakan alam sekitar dan memuliharakannya.

Seorang penuntut, Coral Choo Pei Lin, 22, berkata, Program World Environment Day 2017 perlu dihayati oleh setiap pelajar dan jika diabaikan, kemungkinan besar memberi kesan buruk kepada negara.

Bagi K. Kesshigeen, 22, dari Sungai Petani pula berkata, program berkenaan berjaya mengeratkan hubungan baik antara pelajar dalam pelbagai fakulti di Universiti Aimst Kampus Bedong di sini dan usaha tersebut perlu diteruskan.