Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2,209 pelajar ikuti pengajian peringkat ijazah di Utem

Pelajar Utem
SEBAHAGIAN daripada 2,925 pelajar baharu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) yang akan mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melafazkan ikrar pada majlis perasmian Minggu Haluan Siswa bagi sesi akademik 2017/2018 di kampus induk Utem di Durian Tunggal, Melaka sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/SUFFIAN ABU BAKAR

MELAKA 7 Sept. - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) hari ini menerima sebanyak 2,209 pelajar baharu yang akan mengikuti pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda bagi sesi akademik 2017/2018 di kampus universiti itu di Durian Tunggal di sini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, Utem juga turut menerima kehadiran sejumlah 580 pelajar peringkat Diploma yang berdaftar sejak Jun lalu dan 136 pelajar `kemasukan terus’ kemasukan Februari yang dikumpulkan dalam program Minggu Haluan Siswa pelajar Utem selama lima hari mulai hari ini.

Menurut beliau, kesemua pelajar terbabit bakal mengikuti pengajian di tujuh fakulti yang ditawarkan iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

“Selepas ditubuhkan lebih 16 tahun, Utem telah memainkan peranan penting dalam melahirkan insan cemerlang dan seimbang dalam segenap aspek yang amat diperlukan oleh negara pada masa hadapan.

“Untuk itu, Utem bertekad untuk terus menunaikan tanggungjawab melahirkan graduan yang berkualiti, memenuhi aspirasi negara khususnya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Haluan Siswa Utem sesi 2017/2018 di Dewan Besar universiti teknikal itu di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Rawi Mahmud. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain