Bertemakan Nusantara Garden, lebih 2,000 pokok orkid pelbagai jenis akan dipamer dan dijual pada orang ramai di Astaka Orkid pada harga antara RM10 hingga RM50.

Antara jenis orkid yang unik dan menarik yang dijual ialah Phalaenopsis sp., Vanda sp., Arachnis sp., Dendrobium sp., Cattleya sp., Oncidium sp., Renanthera, Arundina, Aranda, Mokara dan banyak lagi.

Pengunjung juga berpeluang membeli orkid dan pokok hiasan yang dihias dan disusun pada ruangan pameran.

Selain pameran dan jualan orkid, Taman Pertanian Universiti UPM juga akan membuka sebanyak 10 buah gerai pokok hiasan seperti Rose, Japanese Rose, Bromeliad Plant, Fern, Cactus, Begonia, Lipstik, dan Tillandsia Spp.

Ekspo pertanian ini bakal diserikan lagi dengan penamaan spesis orkid anggerik baharu bersempena nama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Klinik penjagaan orkid juga akan diadakan pada setiap hari sepanjang Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM itu diadakan.

Sesi itu akan diadakan pada pukul 2 petang dan secara percuma kepada pengunjung.