Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

170 pelajar Madrasah Hashimiah dirai

Nizar Najib (tengah) membantu seorang kanak-kanak Mad­rasah Hashimiah 2
Nizar Najib (tengah) membantu seorang kanak-kanak Mad­rasah Hashimiah mencuba pakaian di Mydin Hypermarket Subang Jaya sambil disaksikan oleh Samsinar Md. Saidin (dua dari kiri) sempena program Shopping Spree Aidilfitri anjuran Yayasan Noah dengan kerjasama UniRazak, baru-baru ini. Utusan/Nasirruddin Yazid

SEBANYAK 170 pelajar dari Madrasah Hashimiah dirai dalam program Shopping Spree Aidilfitri di Mydin Hypermarket Subang Jaya, Selangor, hasil sumbangan ihsan Yayasan Noah dengan kerjasama strategik Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).

Pengarah Yayasan Noah, Datuk Nizar Najib berkata, kira-ki­ra RM34,000 diperuntukkan untuk program tersebut yang memboleh­kan pelajar-pelajar terbabit menikmati keriangan berganda apabila diberi peluang membeli pakaian baharu dan pe­ralatan sebagai persiapan me­nyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurutnya, bantuan dan sum­bangan tahunan yang memasuki edisi ketiga itu adalah sebahagian aktiviti kebajikan yang dilaksana bagi membantu mereka yang memerlukan seperti golo­ngan asnaf serta anak yatim untuk menikmati kegembiraan di samping berpeluang menyambut perayaaan seadanya.

“Komitmen yayasan membantu seterusnya menyantuni golo­ngan yang memerlukan kekal diutama­kan, khususnya melalui inisiatif tanggungjawab korporat sebagai platform menyalurkan sumba­ngan kepada pelajar tahfiz yang serba kekurangan ini.

“Kebanyakkan mereka yatim piatu, jadi sumbangan ini membolehkan kalangan pelajar berkenaan merasai kemeriahan Syawal dan memiliki set lengkap pakaian baharu setiap seorang,” katanya pada program Shopping Spree Raya Aidilfitri Bersama Kanak-kanak Mad­rasah Hashimiah, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Yayasan Noah, Datin Paduka Dr. Faridah Abdullah; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) UniRazak, Prof. Dr. Samsinar Md. Saidin dan Penge­tua Madrasah Hashimiah, Ustaz Al-Hafiz Hashim Kassim.

Seramai 100 pelajar lelaki dan 70 pelajar perempuan dipilih menerima bantuan tersebut dengan setiap pelajar menerima bantuan hampir RM200, dengan pengurusan pasaraya Mydin turut menawarkan potongan istimewa melalui program itu.

Dalam pada itu, Ustaz Hashim berkata, madrasah yang berope­rasi sejak 20 tahun lalu di Sela­yang itu, menjadi pusat bagi pendi­dikan dan penempatan kanak-kanak tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada pelarian serta mereka yang tiada kerak­yatan.

“Sumbangan yang diberikan amat bermakna, malah menjadi pelengkap bagi kami menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jasa Yayasan Noah khususnya dan keprihatinan rak­yat Malaysia akan kekal disanjung tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain