Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

100,000 pelajar IPT daftar 
skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL dan Tuanku Hajah Lailatul
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyaksikan penyampaian replika cek geran skim 1 Pelajar 1 Perniagaan oleh Jamil Salleh (kanan) kepada Zul Azhar Zahid Jamal sambil disaksikan oleh Henry Sum Agong (dua dari kiri) dan Zahrah Abd Wahab Fenner di Arau, Perlis, kelmarin. BERNAMA

ARAU 26 Feb. – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyasarkan lebih 100,000 pelajar institusi pe­ngajian tinggi (IPT) seluruh negara merebut peluang pendaftaran perniagaan secara percuma melalui skim 1 Pelajar 1 Perniagaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, skim yang dilancarkan SSM sejak 1 Januari lalu itu di bawah peruntukan geran sebanyak RM10 juta oleh kerajaan adalah khusus bagi pelajar yang pertama kali mahu memulakan perniagaan.

“Geran itu terbuka kepada mereka yang cepat merebut peluang ia­itu dalam tempoh 10 tahun dengan peruntukan RM1 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak.

“Kita amat menggalakkan go­longan pelajar menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu kerjaya pilihan mahupun kerja­ya sampingan selain memberi ke­sedaran berkaitan kewajipan men­daftarkan perniagaan untuk pe­ngurusan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Youngpreneurs Go! (YPGO), di Universiti Malaysia Perlis, (Unimap) Pauh Putra, di sini semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail me­rasmikan karnival tersebut.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir Timbalan Men­teri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong; Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner dan Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Beliau yang juga Ketua Setia­usaha KPDNKK berkata, sejak skim berkenaan dilancarkan awal tahun ini, sebanyak 3,403 pelajar sudah berdaftar dengan SSM de­ngan trend purata 1,500 permohonan dalam tempoh sebulan.

“Kita berharap lebih ramai pelajar merebut peluang ini ke­rana hanya 14,000 pendaftaran percuma sahaja dalam tempoh setahun, sekiranya terlepas, pelajar perlu menunggu tahun berikutnya,” jelasnya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain