Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan itu dianjurkan buat julung kali oleh Majlis Sukan  Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Universiti Malaya (UM).



“Program ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga belia khususnya mahasiswa selain menjadi platform terbaik untuk mendekatkan hubungan dengan pemimpin,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan karnival berkenaan di Pusat Sukan UM di sini, hari ini.



Program selama dua hari tersebut yang bermula hari ini menghimpunkan kira-kira 5,000 peserta dan menyaksikan lima acara dipertandingkan iaitu badminton, pingpong, larian, futsal dan bola jaring. - UTUSAN ONLINE