Daripada jumlah itu, sebanyak 36 orang adalah graduan pascasiswazah, manakala 1,113 orang lagi penerima ijazah sarjana muda dan 551 diploma termasuk graduan sulung Diploma Teknologi Muzik.

Bersempena dengan majlis konvokesyen tersebut, MSU telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Keusahawanan kepada tokoh korporat terkemuka yang juga Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Top Glove Corporation Bhd., Tan Sri Dr. Lim Wee Chai.

Pengerusi Accreditation Service for International Schools, Colleges and Universities (ASIC), Maurice K. Dimmock pula dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pendidikan atas sumbangan beliau dalam mempelopori peningkatan stan­dard kualiti bidang pendidikan antarabangsa di peringkat global.

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin sempena pembukaan sidang pertama majlis konvokesyen ke-23 itu.

Hadir sama ialah Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid dan Naib Canselor MSU, Prof. Puan Sri Dr. Junainah Abd. Hamid.

Anugerah khas graduan cemerlang turut diberikan kepada 53 graduan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka dalam bidang pengajian masing-masing.

Sementara itu, 25 graduan menerima Anugerah Industri melibatkan syarikat-syarikat korporat seperti Top Glove Corporation Berhad, Bank Negara Malaysia, Permodalan Nasional Berhad, SIRIM Berhad, Puncak Niaga Holdings Berhad, Celcom Axiata Berhad, Philips Malaysia Sdn. Bhd., Affin Islamic Bank Berhad, Malaysian Institute of Accountants, Acer Malaysia Sdn. Bhd., SP Setia Foundation, Hospital UMRA, Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, I-City Properties Sdn. Bhd., Ascendsys Sdn. Bhd., Topcon Instruments (Malaysia) Sdn. Bhd., Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd. dan Brown Hospital (Sri Lanka).

MSU merupakan antara universiti terbaik di Malaysia yang memfokuskan kepada penawaran program-program pengajian ke arah melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global serta menerapkan elemen pembelajaran alaf ke-21.