TUAN MOHD. ROSLI TUAN HASSAN
TUAN MOHD. ROSLI TUAN HASSAN

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan, Dr. Tuan Mohd. Rosli Tuan Hassan berkata, istiadat selama dua hari itu akan melibatkan 647 graduan yang menerima ijazah sarjana muda manakala 975 penerima diploma.

"Seramai 312 graduan bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing pada sidang pertama pagi ini yang akan disempurnakan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

"Seramai 132 graduan menerima Anugerah Naib Canselor dan 136 graduan kelas pertama manakala empat lagi menerima Anugerah Graduan Terbaik pada konvokesyen itu," katanya di sini hari ini - UTUSAN ONLINE