Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

IPG Kampus Ilmu Khas hab debat, ucapan awam

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas di­pilih secara rasmi oleh Pertubuhan Aktivis Debat IPG Malaysia (ADIM) sebagai pusat rujukan serta hab aktiviti perdebatan dan pengucapan awam IPG di negara ini.

MOHD SUHAIMI MOHAMED ALI
MOHD SUHAIMI MOHAMED ALI

Pemilihan ini antaranya berdasarkan prestasi dan penca
pai­an cemerlang dalam membina jenama Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) dan Kelab Debat, Forum dan Pidato (DeFTO) yang dikenali ramai terutama oleh institusi pendidikan tinggi seluruh negara.

Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali (gambar) berkata, hab ini berperanan sebagai pusat pengembangan idea dan latihan bagi memantapkan seni berdebat, forum, pidato dan pengucapan awam dalam kalang­an siswa guru.

“Sebagai Pu­sat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir, kampus ini komited melahirkan siswa guru yang kompeten bukan sahaja dalam kurikulum malah ekstra kokurikulum yang menjadi nilai tambah graduan IPG dengan mengutamakan kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi peringkat tertinggi bagi membentuk daya saing di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel baru-baru ini.

Sementara itu, IPG Kampus Ilmu Khas akan menganjurkan DeTIK buat kali keempat dari 29 September hingga 2 Oktober 2017 dengan tema Pendidikan dan Kepenggunaan.

Berformatkan debat ala Parlimen British, DeTIK akan disertai 60 pasukan daripada institusi pendidikan tinggi seluruh negara dengan had umur pendebat antara 18 hingga 21 tahun.

Antara rakan kolaboratif utama DeTIK termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Dewan Bahasa dan Pustaka, Akademi Kenegaraan, Majlis Debat Universiti Malaysia, Karangkraf dan ADIM.

Penyertaan masih dibuka dan sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di https://detikipik.wordpress.com/ atau Facebook/DeTIK.IPGKIK/.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain