Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr. Nagalingam Ka­ruppiah berkata, pihaknya di­pi­lih sebagai penerima GCGP berdasarkan pencalonan oleh Kedutaan Jepun kerana institut ini merupakan satu-satunya IPG yang yang melaksanakan program Pendidikan Guru Bahasa Jepun.

“Dengan geran ini, diharap program latihan guru Bahasa Jepun dapat diteruskan dan diperkasakan bukan sahaja kepada siswa pendidik tetapi juga melibatkan guru yang dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Penyerahan Bilik Latihan dan Makmal Komputer anjuran Kedutaan Jepun dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, geran GCGP juga merangkumi pembekalan buku-buku rujukan dan bahan sumber lain bagi program bahasa Jepun kepada Pusat Sumber IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.