Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa kongsi kepakaran pendidikan

Nagalingam Karuppiah (baris kedua, tengah) bergambar kenangan
Nagalingam Karuppiah (baris kedua, tengah) bergambar kenangan dengan peserta program MTCP selepas majlis penutup dan makan malam di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa berkongsi kepakaran mengenai kaedah kajian dan penyelidikan dalam bidang akademik menerusi penganjuran Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) melibatkan peserta dari dunia ketiga.

Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr. Naga­lingam Karuppiah berkata, MTCP mendedahkan peserta dari negara dunia ketiga mengenai bidang pendidikan mengikut ke­sesuaian kandungan modul dan keperluan mereka.

“Sebagai contoh, peserta di­dedahkan dengan sistem pendidikan peringkat menengah me­nerusi lawatan ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Ku­a­la Lumpur manakala mengenai pendidikan khas pula dibawa ke Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup program MTCP dan majlis makan malam meraikan peserta terbabit di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam program ini, 15 peserta terdiri daripada guru bahasa Inggeris dan pensyarah kolej mengikuti kursus Contexttualised Innovations In Pedagogical Knowlegde In English Language Education selama sebulan bermula 31 Julai hingga 25 Ogos lalu.

Peserta dari luar negara antaranya Azerbaijan, Bosnia, Ke­nya, Indonesia, Laos, Maldives, Mongolia, Timor Leste, Mauritania dan Vietnam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain