Mereka berpendapat bahawa CIDS mampu diaplikasikan bagi mereka bentuk pengajaran abad ke-21 (PAK-21) dalam kalangan guru di peringkat global.

Pengerusi persidang­an itu, Profesor Mohammad Nasir Khan berkata, CIDS menepati landskap pendidikan masa kini yang mampu menimbulkan kesedaran kepada golongan pendidik ke arah transformasi pendidikan.

“Malah, CIDS ini juga menepati idea falsafah saya dalam buku bertajuk Self Awareness in Education: A Peace Phenomena for School Education yang bakal diterbitkan di Malaysia,” kata pensyarah Universiti Vienna, Austria ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucap utama bertajuk Strategies Towards Behavior Development of School Students: A Step Towards Peace and Stability in Society yang menyentuh beberapa strategi yang harus dimainkan oleh guru dan masyarakat bagi membantu meningkatkan pembinaan sahsiah pelajar sekolah ke arah kesejahteraan hidup.

Dalam persidangan ini, CIDS sekali lagi menerima pengiktirafan sebagai persembahan terbaik selepas menerima anu­gerah serupa di persidangan pendidikan antarabangsa di Beijing, China; London, United Kingdom dan Orlando, Amerika Syarikat.

Tajuk pembentangan Dr. Is­mail dalam persidangan ini ada­lah The Collaborative Instructional Design Model: An Innovative Tool for Enhancing and Sustaining the Quality of the 21st Century Teacher Education.

Sementara itu, Pen­syarah Pusat Pe­­nga­jian Pendidikan Universiti Doctor Hari Singh Gour Vish­wavidyalaya, Sonik Namdev menyatakan kekagumannya akan keupayaan CIDS dan menjemput Dr. Ismail me­ngadakan satu bengkel khas kepada warga universiti dan pegawai Kementerian Pendidikan di tempatnya di Sagar, India.

“Saya berpendapat CIDS berpotensi untuk dijadikan mekanisme perancangan PAK-21 untuk guru di peringkat global dan akan mengambil tindakan proaktif mengkaji kesesuaiannya,” kata Sonik.

CIDS boleh dilayari di https://asiemodel.net.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-5713745 atau e-mel [email protected]