Tahun ini, bagi tempoh selama 12 minggu, tajaan itu melibatkan RM48,960 yang akan memberi manfaat kepada 3,956 murid dan pelajar di 70 buah sekolah kebangsaan, enam buah sekolah menengah kebangsaan dan sebuah sekolah K9.

Mereka yang terlibat akan menerima Tutor yang mengandungi soalan peperiksaan untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Majlis penyerahan tajaan diadakan baru-baru ini yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan daerah Nabawan/Pensiangan, Sibeh Abdul Sani dan Eksekutif Pemasaran Utusan Malaysia, Celestina Ubing.

Kurup dalam ucapannya turut gembira dengan pencapaian keputusan peperiksaan UPSR di kawasan Parlimen Pensiangan pada tahun lalu.

“Sebanyak 68 peratus atau 48 buah sekolah kebangsaan daripada keseluruhan 70 sekolah kebangsaan di Parlimen Pensiangan mencapai keputusan Menguasai Tahap Minimum (MTM) yang di­sa­sarkan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Pohon Batu menduduki tangga teratas menerusi pen­ca­pai­an 100 peratus,” katanya.

SK Kuala Kahaba menunjukkan peningkatan MTM paling tinggi sebanyak 45.27 peratus menjadi 93.75 peratus diikuti SK Rancangan Biah, SK Kampung Biah, SK Rancangan Belia Tuilon, SK Kabatang Baru dan banyak lagi.

Begitu juga dengan kejayaan 20 buah sekolah di Nabawan yang merekodkan SK Sasandukon mengekalkan 100 peratus MTM UPSR.

“Bagi MTM peperiksaan PT3, SMK Nabawan II mencatat peratusan tertinggi iaitu sebanyak 65.68 peratus diikuti SMK Nabawan sebanyak 63.20 peratus dan SMK Sepulot 62.92 peratus dan K9 Pensiangan 52.32 peratus,” katanya.

Beliau berharap sumbangan Tutor itu dapat membantu me­ningkatkan pencapaian akademik anak-anak terutama di kawasan pedalaman.

Sementara itu, Sibeh dalam ucapannya berkata, dianggarkan sejak tahun 2015 hingga 2017, hampir 5,000 murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 mendapat manfaat daripada tajaan Tutor oleh Ahli Parlimen Pensiangan itu.