Dia yang memperoleh keputusan 9A 1B turut melanggan www.tutor.com.my selama setahun dalam usahanya meningkat pencapaian akademiknya.

Anak sulung daripada dua beradik itu tidak boleh bercakap selepas diserang demam sekitar 2013 menyebabkan persekolahannya terbantut selama lima tahun.

Ibunya, Fatimah Abu Khairi, 53, berkata, berkat kesungguhan Noor Fatini Aina untuk belajar dia didaftar masuk ke SMK Gurun pada 2016 dan ditempatkan di tingkatan empat aliran biasa dan sering 
mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan bulanan.

“Sebaik memasuki tingkatan lima dia mula melanggan Tutor selama setahun.

“Dia seorang anak yang rajin dan boleh dikatakan ulat buku dengan menjadikan Tutor sebagai bahan utama dalam proses pembelajarannya hingga berjaya,” katanya ketika ditemui di SMK Gurun, Jerai, baru-baru ini.

Sementara itu Pengetua SMK Gurun, Marzuki Yahaya berkata, kesungguhan dan kepandaian Noor Fatini Aina ini dikesan sejak dia berada di tingkatan empat lagi dan Tutor sentiasa ada di dalam begnya untuk dijadikan sebagai bahan rujukan semasa belajar.