Kata Ain Najiha, inspirasi itu tercetus apabila dibawa oleh penganjur program, Northern Corridor Promotions (NCP) menyaksikan kemajuan teknologi, inovasi reka cipta dan kajian di Institut Teknologi Tokyo.

“Faktor ini menjadi salah satu pendorong utama untuk saya melanjutkan pengajian peringkat universiti di Jepun,” katanya penuh tekad apatah lagi ketika lawatan itu dia menerima keputusan 13A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Program My Study Tour diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Utusan Malaysia adalah rakan kerjasama media.

Dalam program selama tujuh hari ini, peserta turut berpeluang mengikuti sesi pembelajaran di Ikubunkan High School selain melawat tempat bersejarah dan destinasi tumpuan pelancong.

Ain Najiha berkata, sebagai pelajar banyak perkara positif yang dapat dipelajari terutama ketika kunjungan ke Ikubunkan High School.

“Budaya menepati masa, berdi­siplin serta pantas dalam pergerakan sewajarnya kita teladani dan amalkan,” katanya yang turut teruja dengan persekitaran sekolah yang moden, bersih dan teratur.

Dengan pengalaman dan pendedahan ini, Ain Najiha me­nyarankan agar pelajar lain mengikuti program My Study Tour pada masa depan sebagai anjakan paradigma bagi mengisi masa cuti sekolah dengan lebih bermanfaat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mystudytour.com.my.