Majlis menandatangani perjanjian kerjasama itu antara Honda Malaysia serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, diadakan di Pusat Latihan Honda Malaysia di Pegoh di sini pagi ini.

Menerusi perjanjian itu, dianggarkan sejumlah 200 pelajar jurusan automatif dari 17 buah politeknik dan kolej komuniti di negara ini akan menjalani latihan amali dan praktikal selama enam bulan di pusat servis Honda Malaysia seluruh negara.

Pada majlis itu Honda Malaysia diwakili Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama manakala Kementerian Pendidikan diwakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Honda Malaysia, Atsuyoshi Nishida; Naib Presidennya; Syahril M. Azmi; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohamad Amin Hamat dan Pengarah Bahagian Kerjasama Industri dan Komuniti kementerian, Zainah Rujihan. - UTUSAN ONLINE