Pengurus Besar MCHM, Noor Haslina Harun berkata, pihak­nya mahu meningkatkan imej kerjaya melibatkan bidang hospitaliti khususnya dalam kala­ngan generasi muda.

Menurut beliau, bidang hospitaliti merupakan bidang yang semakin mendapat tempat dan selari dengan permintaan kerjaya pada masa depan.

“Hasrat MCHM adalah untuk memperkenalkan bidang hospitaliti agar pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat melanjutkan pengajian mereka dalam bidang ini.

“Kerjaya dalam bidang ini memberi mereka peluang untuk menjadi insan yang memiliki kemahiran berkaitan selain mampu membina kerjaya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam program Hari Kerjaya Hospitaliti yang diadakan bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang, di kolej ber­kenaan di sini.

Yang turut hadir Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri, Rozman Harun dan Chef Zamzani Abdul Wahab.

Dalan program itu, kira-kira 100 pelajar dari 33 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) seluruh negeri mengambil bahagian dalam beberapa kategori pertandingan.

Antara pertandingan itu Cabaran Kulinari MCHM 2018, Dekorasi Kek Cawan, Pertan­dingan Teh Tarik, Pertandi­ngan Makan Burger serta demo ukiran ais dan buah-buahan.