Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Guru agama ikuti bengkel bina item KBAT

DR. ISMAIL ZAIN (duduk, tiga dari kiri) bersama sebahagian peserta yang mengikuti Bengkel Pembinaan
DR. ISMAIL ZAIN (duduk, tiga dari kiri) bersama sebahagian peserta yang mengikuti Bengkel Pembinaan Item KBAT anjuran Bahagian Pendidikan JHEAINS di Pusat Sumber Maahad Ahmadi, Gemenceh, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menganjurkan Bengkel Pembinaan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada kepada ketua-ketua bidang pembelajaran di Pusat Sumber Maahad Ahmadi, Gemenceh, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Pendaftaran, Unit Latihan dan Naziran, Bahagian Pendidikan JHEAINS, Ahmad Azhari Talib berkata, pihaknya amat prihatin tentang perkembangan pendidikan semasa dan sentiasa berusaha mem­beri pendedahan kepada guru-guru di bawah Jabatannya untuk memastikan kualiti pe­nge­tahuan serta kemahiran mereka standing dengan guru-guru lain.

“Matlamat bengkel selama tiga hari ini berjaya dicapai menerusi pendekatan secara hands-on, pembentangan dan sesi penambahbaikan yang dikendalikan oleh Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain,” katanya.

Bengkel yang melibatkkan guru Maahad Ahmadi dan Institut Tahfiz Al-Quran ini dimulakan dengan refleksi pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), diikuti penjelasan konsep KBAT dan diakhiri dengan strategi membina item KBAT.

Selepas ini, akan diadakan dua lagi program iaitu kursus pedagogi abad ke-21 dan Bengkel Aplikasi Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (CIDS) melalui Model ASIE sebagai mekanisme merancang pengajaran pedagogi PAK-21.

Hal ini akan menjadikan sekolah agama yang pertama di Malaysia menggunakan sistem CIDS dalam merancang pengajaran guru secara profesional dan sistematik seperti yang diperlukan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2.

Untuk rekod, CIDS telah memenangi anugerah pendidikan di peringkat antarabangsa selain didedahkan kepada guru-guru di dalam dan di luar negara.

Sementara itu, Guru Bahasa Arab Maahad Ahmadi, Mohd Khoir Saidina Abu Bakar berkata, dengan bengkel ini mindanya terbuka luas dan lebih memahami peranan KBAT dalam pembe­lajaran.

“Malah, kini saya mampu membina item KBAT dengan penuh keyakinan dan menepati keperluan kurikulum,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-5713745, layari www.tutor.com.my/motivasi atau http://asiemodel.net.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain