Guru penyelaras, Alwardah Dolhalit berkata, sesi kedua yang diadakan hari ini melibatkan 159 calon SPM selepas sesi pertama berlangsung di lokasi sama dengan 90 pelajar pada Sabtu lalu.

"Program sebegini sangat bagus kerana melibatkan jalinan dengan pihak swasta menerusi kolaborasi yang memang diperlukan dalam sama-sama membantu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang bukan sekadar untuk peperiksaan semata-mata.

"Gred purata keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dan in shaa Allah calon-calon tahun ini bermotivasi untuk melakukan yang terbaik menjelang peperiksaan penting itu nanti," katanya ketika ditemui.

Ceramah motivasi disampaikan oleh tokoh motivasi dan pendidik, Dr. Ismail Zin yang berkongsi tips mengulang kaji berkesan di samping menyuntik keyakinan mengenai kemampuan setiap pelajar untuk melakar kejayaan pada masa depan. - UTUSAN ONLINE