Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SK Putrajaya Presint 11 (1), Norhayati Abdullah berkata, program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan disokong oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini bertujuan membanteras denggi di kawasan sekolah dan komuniti setempat.

“Dengan tema #beatthebitefightfightfight, kami berharap dapat membantu membanteras denggi yang hingga kini tiada penawarnya,” katanya dalam majlis pelancaran program anjuran Sanofi Pasture di sekolah itu di Putrajaya, baru-baru ini.

Pengisian utama program ini antaranya aktiviti khidmat masyarakat, penyebaran maklumat di media sosial, persembahan seni kreatif dan menjawab kuiz secara dalam talian (online).

Malah, orang ramai boleh menyatakan sokongan dengan melawat Facebook dan Instagram Dengue Patrol SK Putrajaya Presint 11(1).