Antara usaha yang dilakukan adalah menyuntik elemen kreatif dan memperkasakan kemahiran sahsiah dalam kalangan pelajar­nya melalui penganjuran program #FUYOOMSU 2017 dari 4 hingga 8 Disember lalu.

Program tahunan anjuran School of Hospitality and Creative Arts (SHCA), MSU itu adalah projek kerjasama berpasukan yang melibatkan 85 pelajar MSU daripada program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Ijazah Sarjana Muda Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan, Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Outdoor, Leisure dan Adventure serta Ijazah Sarjana Muda Seni Patisserie.

#FUYOOMSU 2017 adalah satu platform bagi pelajar terbabit untuk mengaplikasi pelbagai teori yang dipelajari serta memperlihatkan kreativiti mengikut bidang pengkhususan masing-masing.

Selain itu, program tersebut bermatlamat untuk menyuntik pelajar dengan budaya keusahawanan yang berkait rapat dengan bidang hospitaliti dan pelanco­ngan.

Bertepatan dengan matlamat itu, pelbagai aktiviti berbentuk seminar, pertandingan, pertunjukan fesyen, SHCA Excellent Award serta bazar keusahawanan telah diadakan melibatkan penyertaan pelajar, ahli akademik, Tourism Malaysia, selebriti, blogger serta rakan industri.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seminar Cruise-cation, Diffuse Your Vitamin Sea, manakala pertandingan ialah The Musician Buskers, Game of Throne, MSU Kingdom, Save The Egg, Nail Art Decoration, Brain Wars dan MSU Theatre – Fairy Tale.

Turut dianjurkan Konsert Amal #FUYOOMSU 2017 yang menampilkan artis-artis terkenal seperti Awie, Noh Salleh, Drama Band serta Elda Susanti yang berjaya menghiburkan kira-kira 2,000 penonton.

Pada majlis yang sama, pihak penganjur #FUYOOMSU 2017 melalui Dekan SHCA, Prof. Madya Arfah Kassim telah menyerahkan sumbangan bernilai RM20,000 kepada Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid yang mewakili Yayasan MSU untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti kebajikan bersama masyarakat.

MSU merupakan universiti ke-217 terbaik di Asia berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2018 serta disenaraikan sebagai antara 1.8 peratus universiti terbaik di Asia dan mendapat penarafan lima bintang bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif dalam QS Stars University Ratings 2016.

MSU turut diiktiraf sebagai Pusat Kecemerla­ngan Antarabangsa, Asia Pacific Institute of Events Management (APIEM) yang pertama di Malaysia berdasarkan kualiti dan standard piawaian antarabangsa bagi program Pe­ngurusan Acara yang ditawarkan oleh SHCA.

MSU juga dianugerahkan Gold Award for School of Tourism & Hospitality pada Malaysia Tourism Council Gold Awards 2017 sebagai pengiktirafan terhadap pera­nannya dalam memperkasakan bidang hospitaliti dan pelanco­ngan di Malaysia.