Majlis menandatangani MoU itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Ireland, Richard Burton manakala Fairview di wakili pengerusinya, Daniel Chian.

“Kerjasama ini membolehkan pelajar di Fairview melanjutkan pengajian mereka dalam bidang Sarjana Muda di Universiti Limerick.

“Kedua-dua pihak juga turut bersetuju untuk bekerjasama dalam melahirkan graduan yang lebih berdaya saing pada masa kini,” kata Daniel dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Turut hadir di majlis itu adalah Duta Besar Ireland, Eamonn dan Naib Canselor Universiti Limerick, Profesor Kerstin Mey.- UTUSAN ONLINE