Perkara itu dizahirkan oleh seramai 32 pelajar dari Unit Hal Ehwal Agama dan Dakwah (Uhud) dan enam pensyarah dari Kolej Profesional Mara Bandar Melaka (KPMBM) yang menganjurkan Ekspedisi Dakwah ke Pulau Besar, Melaka baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPMBM, Norazhar Abdul Hamid berkata, program yang dianjurkan sempena sambutan hari ulang tahun penubuhan Mara kali ke-53 itu juga turut menyantuni pelajar tahfiz yang berada di pulau tersebut.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami yang ingin melihat usaha dakwah serta antaranya melalui penubuhan Sekolah Menengah Agama dan Tahfiz al-Quran di Pulau tersebu.

“KPMBM menyumbangkan rak kasut selain mengadakan Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar di sana sekali gus mampu mengeratkan ikatan silaturahim,” katanya ketika ditemui Utusan Online baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Datuk Sahar Arpan dan Ketua Penasihat Uhud, KPMBM Abdullah Long.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pelajar KPMBM juga berpeluang melihat tinggalan sejarah Islam di pulau tersebut.

“Peserta ekspedisi teruja melihat sendiri Muzium Islam yang terdapat di sana selain berpeluang melihat keindahan pulau dan pantai yang bersih,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE