Objektif utama delegasi ini adalah untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi memantapkan lagi pendidikan teknik dan vokasional di negara mereka.
Menurut Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Kajang Osman Muhamad,dalam lawatan tersebut,mereka amat tertarik dengan program Automotif Servis Selepas Jualan yang dijalankan melalui kaedah sistem Latihan Dual

Nasional (SLDN) yang mana lebih berorentasikan kemahiran sebenar di industri.

Dalam lawatan tersebut delegasi telah diberi penerangan secara menyeluruh menegenai program yang dijalankan oleh Ketua Unit SLDN Automotif Servis Selepas Jualan Kolej Vokasional Kajang,Azmie Arshad.

Sesi berkenaan juga dihadiri oleh beberapa orang kakitangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi urusetia lawatan delegasi tersebut.

Selain itu,para delegasi juga dibawa melawat ke bengkel untuk melihat kemudahan peralatan yang ada di kolej.
Perkongsian idea dan percambahan minda di peringkat global ini memberi banyak manfaat dan impak yang positif bagi memperkasakan lagi latihan kemahiran kepada kedua-dua pihak.

Delegasi dari Sri Lanka yang terdiri daripada 30 orang penge­tua-pengetua dari sekolah ketukangan negara itu telah melawat Kolej Vokasional (KV) Kajang baru-baru ini.

Objektif utama delegasi ialah untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi memantapkan pendidikan teknik dan vokasional di negara mereka.
Menurut Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Kajang Osman Muhamad, dalam lawatan tersebut, mereka amat tertarik dengan program Automotif Servis Selepas Jualan yang dijalankan melalui kaedah sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang mana lebih berorentasikan kemahiran sebenar di industri.

Pada lawatan itu, delegasi telah diberi penerangan secara menyeluruh mengenai program yang dijalankan oleh Ketua Unit SLDN Automotif Servis Selepas Jualan KV Kajang, Azmie Arshad.

Sesi berkenaan juga dihadiri beberapa kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi urusetia lawatan delegasi tersebut.

Selain diberi taklimat, de­le­gasi juga dibawa melawat bengkel dan kemudahan peralatan yang ada di kolej.

Perkongsian idea dan percam­bahan minda di peringkat global.

Usaha itu sekali gus memberi pelbagai manfaat dan impak yang positif bagi memperkasakan lagi latihan kemahiran kepada kedua-dua pihak.