Dibarisi lima pelajar lelaki dan perempuan iaitu Afiq Zarith Ihsan Zainun Ihsan, Asilah Asma Mohd. Zainal, Nur Sabrina Qhistina Razali, Nur Qhistina Azmir dan Muhammad Aqief Shakirin Mohamad Zakirin pasukan debat yang baru dibentuk itu asalnya tidak meletakkan sebarang sasaran.

Namun, hasil didikan guru-guru dan kata semangat yang diberikan, Afiq Zarith berkata, pasukan itu tekad melakukan sehabis baik.

“Kami diajar supaya tidak bergantung kepada teks semata-mata sebab debat adalah ruang untuk mengasah pemikiran dan melatih keupayaan berfikir secara spontan.

“Isu-isu semasa seperti politik, ekonomi dan sosial perlu sentiasa menjadi perbincangan kami malah alumni turut menggalakkan melanggan Utusan Malaysia sebagai input berkesan mendapatkan berita yang terkini memandangkan tidak semua memiliki telefon pintar, “ katanya ketika ditemui Utusan Online di sini semalam.

Pusingan akhir bagi peringkat kelayakan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) menyaksikan SAMTSH menewaskan pasukan dari Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang.

Sebanyak empat pasukan dari empat zon dalam kalangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) layak ke peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada April nanti.

Selain debat bahasa Inggeris, kontinjen SAMTSH juga berjaya membawa enam acara ke peringkat negeri seperti Marhaban, Khat, Tilawah dan Tafsir al-Quran. -UTUSAN ONLINE