Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, guru-guru perlu mengetahui secara jelas maklumat murid atau pelajar dalam memastikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP) menjadi lebih mudah.

“Apabila semua maklumat itu digabungkan dan dibantu dengan sistem CIDS, interaksi antara guru dan murid akan menjadi aktif, sekali gus menggalakkan pemikiran kreatif serta kritis antara kedua-dua pihak.

“Dalam hal ini, kita berharap matlamat Kementerian Pendidikan adalah mahu melahirkan murid atau pelajar yang cemerlang dalam akademik dan memiliki karakter yang lengkap sebagai pemimpin dan bersahsiah tinggi,” katanya semasa Seminar Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) Bersama Ikon yang dihadiri 500 guru tingkatan lima di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru, di sini sebentar tadi.

Seminar tersebut disampaikan oleh Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain yang mempunyai pengalaman 11 tahun sebagai guru dan 24 tahun menjadi pensyarah. - UTUSAN ONLINE