Rujhan dipilih sebagai seorang daripada pemenang anugerah ‘Movers and Shakers’. Penerima lain ialah Republik Maldives dan Presidennya, Abdulla Yameen Abdul Gayoom diberi anugerah berikutan daya tahan mereka serta pembangunan berterusan di negara berkenaan.

Individu yang turut menerima anugerah ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Dr. Siti Hamisah Tapsir; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; bekas Duta Filipina di Malaysia, J. Eduardo Malaya; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali; dan Presiden Sri Balaji Society, India Prof (Kol) A. Balasubramaniam.

Anugerah HRD Asia merupakan pengiktirafan kepada tokoh ulung yang menyumbang kepada pembangunan manusia sama ada untuk profesion sumber manusia, organisasi, komuniti atau masyarakat pada umumnya.

Dilancarkan sebagai inisiatif bebas pada tahun 2003 dengan hanya lima penerima dari dua negara, anugerah itu kini menjadi acara tahunan berprestij, dengan sejumlah 197 penerima dari 18 negara. - UTUSAN ONLINE