Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

CATs kaedah tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris

CATs kaedah tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris
MAHDZIR

PUTRAJAYA 20 Mac - Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kaedah tambahan pembelajaran Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Cambridge (CATs) pada pertengahan tahun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebagai permulaaan kaedah itu dilaksanakan melibatkan kira-kira 40 sekolah rendah dan menengah di luar bandar yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

“Menerusi kaedah itu, CATs berupaya melatih para murid dan pelajar menerusi pendedahan terbaharu khususnya pembelajaran secara dalam talian.

“Langkah ini merupakan antara satu strategi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penerangan Strategi Pelaksanaan Bahasa Inggeris Ke Arah Kemenjadian Murid di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain